Friday, April 10, 2009

MEMANCING DI MUARA SUNGAI PAKA


Jambatan Sungai Paka

Muara Sungai Paka

Pada 10 April 2009, saya telah mengikuti Abah dan kawan-kawan nya memancing di Muara Sungai Paka, Dungun, Terengganu. Kami bertolak pada pukul 6:00 pagi dari rumah dan sampai ke lokasi memancing pada pukul 8:15 pagi. Setelah memilih lokasi yang sesuai, kami mula melabuhkan umpang masing-masing. Sesambil memancing saya buka bekal yang di buat oleh mama, emm... rasa menyelerakan apabila makan di tepi sungai sambil melihat anak-anak ikan berenang. Setelah hampir masuk waktu Jumaat, kami mula berangkat pulang. Hasil tangkapan kami kali ini agak memuaskan. Seekor ikan siakap merah dan putih yang bersaiz agak besar berjaya kami tangkap.

( antara tangkapan kami )

( Siakap putih pertama )
Suasana pemandangan persekitaran sungai ini sangat cantik dan menyejukkan mata memandang.


Jeti tempat kami memancing


Bangkai bot nelayan
Kalau ada peluang, ingin rasanya ke Sungai Paka sekali lagi. Kalau boleh tak mau pergi hari Jumaat, kerana pada hari ini, masa cukup terbatas.