Friday, April 10, 2009
MEMANCING DI MUARA SUNGAI PAKA
Jambatan Sungai Paka
Muara Sungai Paka
Pada 10 April 2009, saya telah mengikuti Abah dan kawan-kawan nya memancing di Muara Sungai Paka, Dungun, Terengganu. Kami bertolak pada pukul 6:00 pagi dari rumah dan sampai ke lokasi memancing pada pukul 8:15 pagi. Setelah memilih lokasi yang sesuai, kami mula melabuhkan umpang masing-masing. Sesambil memancing saya buka bekal yang di buat oleh mama, emm... rasa menyelerakan apabila makan di tepi sungai sambil melihat anak-anak ikan berenang. Setelah hampir masuk waktu Jumaat, kami mula berangkat pulang. Hasil tangkapan kami kali ini agak memuaskan. Seekor ikan siakap merah dan putih yang bersaiz agak besar berjaya kami tangkap.
( antara tangkapan kami )
( Siakap putih pertama )
Suasana pemandangan persekitaran sungai ini sangat cantik dan menyejukkan mata memandang.
Jeti tempat kami memancing
Bangkai bot nelayan
Kalau ada peluang, ingin rasanya ke Sungai Paka sekali lagi. Kalau boleh tak mau pergi hari Jumaat, kerana pada hari ini, masa cukup terbatas.
Saturday, April 4, 2009
SATU HARI SATU MALAM DI PULAU LANG TENGAH
Square Point Resort Pulau Lang Tengah
Pada rabu 01/04/2009, saya ngan famili telah pergi ke Pulau Lang Tengah. Kedudukan pulau ini adalah di tengah- tengah antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Permandangan pulau ini sungguh indah. Terdapat dua buah Chalet yang agak menarik dan berpatutan, iaitu Square Point Resort dan Blue Coral Resort. Kami sekeluarga menginap di Square Point Resort. Kalau dah kaki pancing, kat mana-mana pun sempat.. masa kat jetty Square Point saya sempat pancing gak,tapi tak dapat ikan la.., cuma dapat sotong jer.
Wednesday, March 25, 2009
Pok CIk Nasir - ikan ebek Pulau Kapas
Monday, March 16, 2009
IKAN TAPAH
IKAN PARI AIR TAWAR
Ini merupakan ikan pari air tawar terbesar setakat ini, beratnya sekitar 450 kg. Lebih kurang 1/2 tan tu. Lebar badannya sekitar 2 meter manakala penjang badannya tidak termasuk ekor ialah 2.1 meter.Projek pencarian ikan raksasa yang dilakukan oleh National Geographic dan dipimpin oleh ahli biologi dari Universiti Nevada, Zeb Hogan pada 28 January 2009. Ianya di tangkap di Thailand
Friday, March 6, 2009
Sunday, March 1, 2009
Ikan Sepat Ronggeng
Subscribe to:
Posts (Atom)