Friday, April 10, 2009

MEMANCING DI MUARA SUNGAI PAKA


Jambatan Sungai Paka

Muara Sungai Paka

Pada 10 April 2009, saya telah mengikuti Abah dan kawan-kawan nya memancing di Muara Sungai Paka, Dungun, Terengganu. Kami bertolak pada pukul 6:00 pagi dari rumah dan sampai ke lokasi memancing pada pukul 8:15 pagi. Setelah memilih lokasi yang sesuai, kami mula melabuhkan umpang masing-masing. Sesambil memancing saya buka bekal yang di buat oleh mama, emm... rasa menyelerakan apabila makan di tepi sungai sambil melihat anak-anak ikan berenang. Setelah hampir masuk waktu Jumaat, kami mula berangkat pulang. Hasil tangkapan kami kali ini agak memuaskan. Seekor ikan siakap merah dan putih yang bersaiz agak besar berjaya kami tangkap.

( antara tangkapan kami )

( Siakap putih pertama )
Suasana pemandangan persekitaran sungai ini sangat cantik dan menyejukkan mata memandang.


Jeti tempat kami memancing


Bangkai bot nelayan
Kalau ada peluang, ingin rasanya ke Sungai Paka sekali lagi. Kalau boleh tak mau pergi hari Jumaat, kerana pada hari ini, masa cukup terbatas.

Saturday, April 4, 2009

SATU HARI SATU MALAM DI PULAU LANG TENGAH


Square Point Resort Pulau Lang Tengah


Pada rabu 01/04/2009, saya ngan famili telah pergi ke Pulau Lang Tengah. Kedudukan pulau ini adalah di tengah- tengah antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Permandangan pulau ini sungguh indah. Terdapat dua buah Chalet yang agak menarik dan berpatutan, iaitu Square Point Resort dan Blue Coral Resort. Kami sekeluarga menginap di Square Point Resort. Kalau dah kaki pancing, kat mana-mana pun sempat.. masa kat jetty Square Point saya sempat pancing gak,tapi tak dapat ikan la.., cuma dapat sotong jer.